Saturday, March 10, 2018

MAKSUD DAN KEPENTINGAN PERPADUAN




Image result for MALAYSIAN UNITY

APAKAH MAKSUD PERPADUAN?


Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah satu  negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia  Melayu, Cina, India Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia. 





 KEPENTINGAN PERPADUAN




.
Perpaduan masyarakat dapat mewujudkan  masyarakat yang harmoniI dan isu perkauman ataupun 'Racism' dapat dikurangkan. Selain itu, masyarakat harmoni dapat membantu kerajaan untuk mencapai aspirasi seperti  Transformasi Nasional.

Related image     
Transformasi Nasional 2050 (atau TN50) merupakan satu inisiatif pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050. Ini merupakan satu inisiatif pembangunan negara jangka panjang. Sebagai sebahagian daripada persediaan dan tahap pembangunan TN50, Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak telah memberi mandat kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk memulakan proses dengan menerajui ‘Perbincangan TN50’, siri penglibatan dan aktiviti-aktiviti wacana yang bertujuan untuk mencetuskan aspirasi rakyat serta menentukan bidang untuk transformasi termasuk ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan alam sekitar.


Image result for 13mei Perpaduan juaga dapat mengamankan negara dan ini dapat mengelakkan pergaduhan ataupun perbalahan seperti peristiwa huru-hara yang berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia pada 13 Mei. 

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.




Image result for visit malaysia logoDi samping itu, industri pelancongan dapat dipertingkatkan. Hal ini kerana peduduk Malaysia yang hidup dengan aman dan harmoni serta berbudi bahasa dapat menarik pelancong asing dari luar negara untuk datang melancong dan mengenali pelbagai adat resam kaum-kaum yang ada di Malaysia. Ini dapat menjayakan Program Kerajaan Malaysia seperti Visit Malaysia seperti yang diadakan pada tahun 2014 dan akan diadakan pada tahun 2020 anjuran pihak Tourism Malaysia.



25 comments:

  1. Saya nak guna info ni untuk kerja sekolah yer..Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saya tahu nama
      nak siapkan tugasan, perlukan nama encik. thanks

      Delete
    2. Boleh saya tahu nama si penbuat article ni

      Delete
  2. boleh saya ambil sesetengah informasi daripada aritkel tersebut kerana nak guna untuk projek saya utk stpm (rujukan akan ditulis) ^^

    ReplyDelete
  3. saya nak guna info utk rujukan ye.tq

    ReplyDelete
  4. tq for information . can I get this for my stpm kerja kursus. tq so much

    ReplyDelete
  5. SAYA COPY TERUS YE UTK ASSOGNMENT SAYA

    ReplyDelete
  6. can i use this info as my reference admin? tq so much

    ReplyDelete
  7. saya ambil sebagai rujukan ye? untuk assingment hehe thank you.

    ReplyDelete
  8. Mohon share input sbg rujukan study ya.. Tkasih

    ReplyDelete
  9. Saya mohon share sbg rujukan ye. Tq

    ReplyDelete
  10. izinkan sy amik beberapa info utk kerja kursus stpm ya

    ReplyDelete
  11. Saya ambk untuk rujukan keja sekolah ank form 1..tq

    ReplyDelete
  12. saya nk buat keje sekolah tapi syaa tk faham saya tengok lh ni...and sya nk say thank you

    ReplyDelete
  13. saya ade exam esok
    tolong doakan saye yee
    terima kasih

    ReplyDelete
  14. bang buat sajak perpaduan bang 🗿

    ReplyDelete
  15. boleh saya tahu nama penulis? saya nak buat rujukan

    ReplyDelete
  16. Perkongsian yg bermanfaat bagi semua orang.Teruskan usaha.👍

    ReplyDelete