Blogger Templates

Thursday, March 15, 2018



PARVIN KUMAR A/L A.KARNAN  (15DEM17F1044)
MUGILAN A/L MUTHUSAMY  (15DEM17F1045)
PRASAAN A/L RAMASAMY  (15DEM17F1046)
PREM KUMAR A/L KALEICHILWAN  (15DEM17F1047)
DANABALAN A/L PURUSOITHMAN ( 15DEM17F1021)

NAGENTHIREN A/L MUNISVARAN (15DEM17F1023)

GANAVINTHRAN A/L YOKARAJA (15DEM17F1024)

POOVEENTHAN A/L PONNUSAMY (15DEM17F1025)

BAWEN A/L MURALITHARAN (15DEM17F1026)

PRATHAB A/L SARAVANAN (15DEM17F1030)



TERIMA KASIH KEPADA ENCIK SOLIHIN

LANGKAH-LANGKAH DALAM MEMUPUK PERPADUAN

LANGKAH-LANGKAH DALAM MEMUPUK PERPADUAN



  • Anjuran rumah terbuka pada musim perayaan setiap kaum di Malaysia .   
  • Anjuran Program- program oleh pihak kerajaan kepada murid - murid sekolah seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIWUP).
  • Melalui Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk para remaja.
  • Anjuan gotong-royong di kawasan perumahan, sekolah, tempat pengajian, dan tempat bekerja.
                                            Related image

  • Bahasa Malaysia perlu dipupukan lagi dalam jiwa masyarakat
  • Penekanan dalam subjek- subjek tertentu yang melibatkan keharmonian dan keamanan di sekolah dan tempat pengajian


                             Related image

CABARAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT


CABARAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT

  • Sektor ekonomi yang berbeza
  • Sikap invidu yang terlalu memupuk semangat sesama kaum
  • Isu perkauman  sehingga menimbulkan perbalahan seperti peristiwa 13 Mei
  • Kewujudan sistem pendidikan berbeza
  • Perbezaan parti politik di Malaysia yang berasaskan perkauman juga akan menyukarkan perpaduan kaum
  • Penyebaran fitnah dan menyentuh sensitivi perkauman kaum kian berleluasa dilaman sosial
                               Image result for cabaran dalam membentuk perpaduan

Saturday, March 10, 2018

MAKSUD DAN KEPENTINGAN PERPADUAN




Image result for MALAYSIAN UNITY

APAKAH MAKSUD PERPADUAN?


Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah satu  negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia  Melayu, Cina, India Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia. 





 KEPENTINGAN PERPADUAN




.
Perpaduan masyarakat dapat mewujudkan  masyarakat yang harmoniI dan isu perkauman ataupun 'Racism' dapat dikurangkan. Selain itu, masyarakat harmoni dapat membantu kerajaan untuk mencapai aspirasi seperti  Transformasi Nasional.

Related image     
Transformasi Nasional 2050 (atau TN50) merupakan satu inisiatif pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050. Ini merupakan satu inisiatif pembangunan negara jangka panjang. Sebagai sebahagian daripada persediaan dan tahap pembangunan TN50, Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak telah memberi mandat kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk memulakan proses dengan menerajui ‘Perbincangan TN50’, siri penglibatan dan aktiviti-aktiviti wacana yang bertujuan untuk mencetuskan aspirasi rakyat serta menentukan bidang untuk transformasi termasuk ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan alam sekitar.


Image result for 13mei Perpaduan juaga dapat mengamankan negara dan ini dapat mengelakkan pergaduhan ataupun perbalahan seperti peristiwa huru-hara yang berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia pada 13 Mei. 

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.




Image result for visit malaysia logoDi samping itu, industri pelancongan dapat dipertingkatkan. Hal ini kerana peduduk Malaysia yang hidup dengan aman dan harmoni serta berbudi bahasa dapat menarik pelancong asing dari luar negara untuk datang melancong dan mengenali pelbagai adat resam kaum-kaum yang ada di Malaysia. Ini dapat menjayakan Program Kerajaan Malaysia seperti Visit Malaysia seperti yang diadakan pada tahun 2014 dan akan diadakan pada tahun 2020 anjuran pihak Tourism Malaysia.